Friday, 25 March 2011

BANGSA BEGATAN @ BUKITAN

      Tujuan saya menghasilkan blog ini adalah untuk memberi maklumat dan perkongsian ilmu tentang bangsa saya. Setiap kali saya pergi kemana sahaja di Malaysia banyak yang bertanyakan apa itu bangsa saya. Walaupun Saya sendiri kurang pengetahuan tentang asal usul bangsa saya tetapi saya akan bercerita dengan bangganya tentang bangsa saya. Bapa saya selalu mengingatkan saya walau di mana saya berada perkenalkanlah bangsa dan haruslah berbangga dengan bangsa sendiri.
   Bangsa Bukitan @ begatan adalah merupakan salah satu etnik minoriti di Sarawak. Etnik ini biasanya membina rumah panjang mereka di tepi sungai. Ini kerana kebanyakan punca rezeki keluarga etnik ini bercucuk tanam dan menangkap ikan. Perubahan zaman dan kemajuan negara merubah cara hidup etnik ni. Sekarang ini banyak anak-anak etnik begatan berjaya dalam hidup dan menjawat jawatan di jabatan-jabatan kerajaan dan swasta.
  Etnik begatan @ bukitan ini cuma terdapat di bahagian Kapit dan Bintulu sahaja di Sarawak. Di bahagian Kapit kawasan ini menetap di Daerat Kecil Merit dan Metah. Terdapat empat buah rumah panjang di Nanga Merit iaitu, TR Seking, TR Pius, TR Lita dan TR Tinso.
   Sekian dulu buat masa ini...InsyaAllah saya akan menyambung lagi lain maklumat di masa akan datang.

6 comments:

  1. yang ditulis ini dayak bagatan tu,sama nda' dengan Dayak Baketan/Bukitan? Klo ia,asal Baketan dr daerah kami di Embaloh,yaitu Palin,Kapuasulu...kalo dayak baketan di utara dibilang dayak Seru'.... dayak Baketan td migrasi dr Palin ke Batang Aik,dan Saribas,dan yang pindah ke daerah Kalaka dibilang Dayak Sru'....kedatangan Ibanic mengalah-kan Baketan td di daerah Saribas-Skrang,maka perpindahan lagi Baketan ke daerah Ulu Rajang jg Kakus. ga' tau kalo maseh ada Baketan disana......

    Salam Sakaiyan dr aq Dayak Tamambaloh/Memaloh
    “Mate kam di Laoetang, Tio kam di Iraang”
    Anak Borneo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemungkinan masih ada. Sya sendiri tidak tahu bangsa ini wujud. So bermaksud bangsa Orang ulu ni banyak dri yang kita tahu selama ini. Biasa didengar dari orang yang orang ulu hanya bangsa Murut, Kelabit, Lun Bawang, Bisaya, Kenyah, Kayan dan Penan..

      Delete
    2. kaum ini masih wujud hingga ke saat ini.

      Delete
  2. salam saudara. salam perkenalan dari bagatan merit buat saudara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun dari merit , boleh ajar saya cakap begatan kah

      Delete
  3. Salam hormat salam sejahtra semuanya,semoga sihat afiat.
    mengenai Baketan,memang asal dari Indonesia tapi hijrah ke sarawak,nenek saya,bapa kepada bapa saya adalah orang baketan,yg menetap di sarawak,justru saya masih mencari-cari keluarga keturunan dari bangsa Baketan.

    ReplyDelete