Suasana kampung meriah sepanjang gawai. Sanak saudara semuanya berkumpul yang paling best kali ni banyak aktiviti dilakukan. Anak-anak gembira dapat mandi sungai rejang yang cetek dan hanya separas pinggang saja. Kat bawah ni gambar malam sebelum tengah malam 31.05.2011. Anak-anak buah tengah memperagakan baju tradisonal atau dengan kata lain pertandingan baju treadisonal.
Setakat ini sahaja catatan buat kali ni. Nanti sambung lagi.. Trip balit punya kisah
Wednesday, 15 June 2011
Friday, 25 March 2011
BANGSA BEGATAN @ BUKITAN
Tujuan saya menghasilkan blog ini adalah untuk memberi maklumat dan perkongsian ilmu tentang bangsa saya. Setiap kali saya pergi kemana sahaja di Malaysia banyak yang bertanyakan apa itu bangsa saya. Walaupun Saya sendiri kurang pengetahuan tentang asal usul bangsa saya tetapi saya akan bercerita dengan bangganya tentang bangsa saya. Bapa saya selalu mengingatkan saya walau di mana saya berada perkenalkanlah bangsa dan haruslah berbangga dengan bangsa sendiri.
Bangsa Bukitan @ begatan adalah merupakan salah satu etnik minoriti di Sarawak. Etnik ini biasanya membina rumah panjang mereka di tepi sungai. Ini kerana kebanyakan punca rezeki keluarga etnik ini bercucuk tanam dan menangkap ikan. Perubahan zaman dan kemajuan negara merubah cara hidup etnik ni. Sekarang ini banyak anak-anak etnik begatan berjaya dalam hidup dan menjawat jawatan di jabatan-jabatan kerajaan dan swasta.
Etnik begatan @ bukitan ini cuma terdapat di bahagian Kapit dan Bintulu sahaja di Sarawak. Di bahagian Kapit kawasan ini menetap di Daerat Kecil Merit dan Metah. Terdapat empat buah rumah panjang di Nanga Merit iaitu, TR Seking, TR Pius, TR Lita dan TR Tinso.
Sekian dulu buat masa ini...InsyaAllah saya akan menyambung lagi lain maklumat di masa akan datang.

AKU BANGGA JADI ANAK BEGATAN
Hai, anak-anak begatan seMALAYSIA. Anda dialu-alukan mengepos komen or apa2 isu atau maklumat tentang kaum kita untuk tontonan dan maklumat semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)